PROMO: UKM1 Ujian Kelayakan Ke PERMATApintar™ / PERMATAinsan™


Perkara: UKM1 (KLIK utk menduduki ujian)

Tarikh tamat: 31 Mei 2015

Tempat ujian: rumah, sekolah, mana-mana tempat yang mendapat capaian internet

Taraf ujian: Peringkat Kebangsaan (ada sijil dalam talian, jika mencapai skor tertentu)

Calonkan:
1) diri anda jika anda pelajar 8-15 tahun
2) sahabat anda (8-15 tahun)
3) anak anda (8-15 tahun)
4) kaum kerabat anda (8-15 tahun)

(UJIAN MASIH PERLU DIBUAT OLEH PELAJAR/MURID DENGAN JUJUR DAN BERTANGGUNGJAWAB)

8 tahun pelajar Islam sahaja - calon program PERMATAinsan™ di Universiti Sains Islam Malaysia,USIM

9-15 tahun - calon program PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH di Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM

10 tahun (darjah 5) ~ 12 tahun (darjah 6) - calon Kolej PERMATApintar™ UKM - Asas 1 / Tingkatan 1 2016

13 tahun (tingkatan 2) ~ 15 tahun (tingkatan 3) - calon Kolej PERMATApintar™ UKM - Tahap 1 / Tingkatan 4 2016


Murid warganegara Malaysia bersekolah di bawah KPM, MRSM, sekolah negeri, persendiran, antarabangsa dan home schooling layak mencalonkan diri untuk mengambil ujian ini.

Ujian ini dijalankan tanpa birokrasi/protokol. Ia adalah percuma dan dijalankan sejak tahun 2009. Tahun ini(2015) ujian ini sudah masuk tahun ke 7.

Pelajar lepasan Kolej PERMATApintar™ kini berada di luar negara dan dalam negara menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang - Laman Pelajar

Pusat PERMATApintar™ Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muat turun poster iklan melalui LINK ini dan sebarkan post serta poster ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan bolehlah diutarakan melalui ruang komen di bawah. Kami akan sedaya-upaya memberikan jawapan yang boleh memuaskan hati anda. Sekian. :)






4 comments:

  1. sekiranya pelajar telah melepasi ujian UKM2, adakah perlu menjalani ujian seterusnya utk jadi pelajar permata pintar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar yang melepasi Ujian UKM2 akan dijemput untuk menghadiri Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) selama 3 minggu. Pelajar yang layak memasuki Kolej PERMATApintar akan dikenal pasti berdasarkan pencapaian dalam kursus PPCS beserta beberapa penilaian lain.

      Delete
  2. Anak sy tingkatan 3 tahun hadapan..adakah dyer berpeluang utk masuk ke program ini..bagaiman caranya

    ReplyDelete
  3. satu lagi..jika anak sy pergi ke sek sains tahfiz private..adakah nanti dyer berpeluang untuk ke sana..bagaimana caranya

    ReplyDelete