Maulidur Rasul 1435H

6 Februari 2014 bersamaan dengan 6 Rabiulawal 1435H, Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan tahun ini diadakan bersama-sama pelajar ASASIpintar pada waktu malam.

Jemputan khas pada malam itu ialah Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, seorang penceramah terkenal tanah air. Beliau menyampaikan ceramah yang begitu dekat dengan hati para pelajar PERMATApintar iaitu sifat Nabi Muhammad s.a.w yang fatanah. Antara intipati ceramah beliau ialah hadith yang membuktikan kebijaksanaan Rasulullah serta kisah hidup Imam Syafie yang sememangnya terkenal sebagai seorang yang cerdik. Pada akhir sesi tersebut, jualan buku-buku yang dikarang oleh Dr. Zulkifli diadakan. Semoga semua pelajar mampu mengambil iktibar daripada penyampaian beliau dan seterusnya memasang azam untuk mengikut jejak langkah mereka yang memanfaatkan akal untuk berfikir.
Gambar Dr. Zulkifli yang diambil dari internet

0 comments: