Merdeka ke-56

Tanggal 31 Ogos.. Detik bersejarah bagi seluruh bumi Malaysia. Dan warga Quad P tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan malam tersebut. Bertempat di hadapan dewan makan, countdown Merdeka diadakan dengan penuh sederhana. Tepat pukul 12 malam, 31 Ogos 2013, laungan  "Merdeka" dilakukan sebanya 7 kali bagi memperingati peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu 56 tahun yang lalu.
Menghayati...
Selepas itu, Achmad Bakhtiar selaku Presiden MPP memberi sedikit kata-kata semangat kepada warga QuadP yang hadir. Kita harus sentiasa bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia serta terus berusaha untuk memajukannya kerana remaja hari ini (iaitu kita) merupakan pemimpin hari esok. Sebelum majlis bersurai, terdapat bacaan doa daripada saudara Haziq. Terima kasih kepada semua yang hadir.




Baiklah, sekarang jom kita main game:

Spot the difference :)




1 comment:

  1. Hai , this is me dalila . I would like to suggest that this blog has it own shoutbox or chatbox so that any opinions could be directly drop there . they dont have to left their unrelated opinion at the comment space . Like what i'm doing right now . haha . okay , sorry . Just my opinion .

    ReplyDelete