Jawapan yang diberikan oleh pihak Makerohani:
Bergantung kepada status anda. Jika anda seorang pelajar yang masih jauh dari gerbang perkahwinan, jawapannya, sila simpan perasaan anda. Tidak semua perkara yang kita ada boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Contohnya perasaan cinta yang kita ada terhadap seseorang. Tidak wajar dan mesti dielakkan untuk seorang Muslim yang masih tidak kenal erti cinta sejati untuk meluahkan perasaan kepada Muslim yang berlawanan jenis.
Lebih-lebih lagi yang memang tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Saya juga seorang pelajar dan saya memang mengaku yang saya ada menyimpan perasaan terhadap seseorang. Namun, perasaan itu dilarang untuk diluahkan atas suruhan Allah yang melarang kita mendekati zina.
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Daripada Kalam Allah itu sudah jelas bahawa bukan shaja zina itu dilarang, malah mendekatinya juga dilarang. Dilarang di sini juga bermaksud haram dan berdosa besar bagi pendapat jumhur ulama'.
Mengenai perlunya cari jodoh untuk berkahwin, memang benar kita perlu berusaha. Walaupun demikian, perlu lihat status diri kita ini dahulu. kalau kita sememangnya dah bertekad hendak berkahwin, sudah mempunyai sumber pendapatan untuk nafkah, barulah boleh kita mencari jodoh. Di sini lah Islam menggariskan beberapa adab dan tatacara untuk mencari jodoh kita. Masa ini jugalah masa untuk meluahkan perasaan, dengan berterus terang atau berbahasa gramatis, melalui wakil atau melalui diri sendiri. Semasa peringkat ini juga, perlu diingat untuk berjumpa di tempat yang sesuai, seperti di rumah orang yang hendak dkahwini, atau melalui laman sosial dan sebagainya.
Contohilah Rasulullah dan sahabat dalam hal-hal sebegini. Ambil ikitbar daripada kisah dibawah:
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az-Zahra
Cinta Ali dan Fatimah luar biasa indah, terjaga kerahasiaanya dalam sikap, ekspresi, dan kata, hingga akhirnya Allah menyatukan mereka dalam suatu pernikahan. Konon saking rahasianya, setan saja tidak tahu menahu soal cinta di antara mereka. Subhanallah.
Ali terpesona pada Fatimah sejak lama, disebabkan oleh kesantunan, ibadah, kecekatan kerja, dan paras putri kesayangan Rasulullah Saw. itu. Ia pernah tertohok dua kali saat Abu Bakar dan Umar ibn Khattab melamar Fatimah sementara dirinya belum siap untuk melakukannya. Namun kesabarannya berbuah manis,lamaran kedua orang sahabat yang tak diragukan lagi kesholehannya tersebut ternyata ditolak Rasulullah Saw. Akhirnya Ali memberanikan diri. Dan ternyata lamarannya kepada Fatimah yang hanya bermodal baju besi diterima.
Di sisi lain, Fatimah ternyata telah memendam cintanya kepada Ali sejak lama. Dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari setelah kedua menikah, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda dan aku ingin menikah dengannya”. Ali pun bertanya mengapa ia tetap mau menikah dengannya, dan apakah Fatimah menyesal menikah dengannya. Sambil tersenyum Fathimah menjawab, “Pemuda itu adalah dirimu”
Alangkah indahnya kisah cinta tersebut. Memang mungkin kadang-kadang sukar untuk membuang perasaan sedemikian rupa. Akan tetapi, kita sendiri ada kuasa untuk mengawalnya. Bak kata pepatah, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Sekiranya kita memang ingin melaksanakan sesuatu, maka tiada apa yang dapat menghalangnya, melainkan azam yang tidak kuat. Peace
0 comments: